NFABD anjur kursus penjaga gol

NFABD anjur kursus penjaga gol

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Majlis perasmian Kursus Asas Penjaga Gol FIFA telah berlangsung pagi tadi di Rumah Persatuan Bolasepak Kebangsaan (NFABD) di Jalan Pusat Persidangan, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Setiausaha Agung NFABD, Haji Muhd Zamri bin Dato Paduka Haji Hamdani.

Menurut Haji Muhd Zamri, beliau percaya kursus sokongan FIFA kepada jurulatih tempatan akan memberikan manfaat kepada Brunei Darussalam.

Fasilitator FIFA yang dibawa ke negara ini untuk melaksanakan kursus tersebut ialah Harron Amur Hamed Bertamani dari Kesultanan Oman.

Seramai 23 jurulatih tempatan yang bekerjasama dengan NFABD telah dipilih untuk menyertai kursus FIFA sebagai proses pembangunan jurulatih yang berterusan.

Kursus FIFA ini akan membantu peserta meningkatkan pengetahuan bagaimana melaksanakan tugasan asas sebagai penjaga gol.

Kursus akan mengambil masa selama lima hari bermula 4 Mei hingga 8 Mei, di mana mereka akan didedahkan kepada teori dan amali oleh fasilitator berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA