NGBRC adakan Merdeka Ride

NGBRC adakan Merdeka Ride

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Kelab Penunggang Motosikal Neutral (NGBRC) baru-baru ini mengadakan Merdeka Ride 2016 bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-32 tahun.

Mengetuai rombongan ialah Pengasas Kelab Motosikal merangkap Yang Di-Pertua NGBRC, Awang Marra, serta 30 orang peserta yang terdiri daripada ahli kelab berkenaan.

Menurut NGBRC tujuan konvoi berkenaan adalah untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan mengeratkan lagi silaturahim di antara kelab-kelab motosikal yang ada di Negara Brunei Darussalam.

Gambar ramai peserta Merdeka Ride sejurus tamat konvoi itu.
Gambar ramai peserta Merdeka Ride sejurus tamat konvoi itu.

Konvoi itu juga dimeriahkan dengan penyertaan kelab motosikal yang lain antaranya Skull MC, Black Barrell MG, Motohead MG, Freeriders MG, Lady Bikers MC dan B.O.S. MG. Acara bermula dari kawasan lapang letak kereta, berhadapanan dengan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja ke Pantai Serasa (penamat) melalui Daerah Tutong dan Daerah Belait sejauh 365km dengan kelajuan 80-100 kilometer sejam. Wakil NGBRC melahirkan rasa syukur kerana aktiviti Merdeka Ride ini berjalan sempurna walaupun dibuat secara sederhana.

ARTIKEL YANG SAMA