NGO China saman Volkswagen

NGO China saman Volkswagen

BEIJING, 15 Dis (AFP) – Sebuah mahkamah di China telah bersetuju untuk mendengar kes yang dikemukakan oleh sebuah persatuan alam sekitar tempatan ke atas Volkswagen mengenai skandal penipuan pengeluarannya, kata kumpulan kempen hari ini.

Syarikat kereta Jerman, pengeluar kereta nombor dua dunia, telah dibelenggu skandal tersebut sejak ia mengaku pada September bahawa ia telah memasang perisian dalam 11 juta kenderaan enjin diesel di seluruh dunia untuk menipu ujian pencemaran.

Konvensyen Biodiversiti China dan Yayasan Pembangunan Hijau akan membawa VW ke mahkamah berhubung 1,950 kenderaan yang diimportnya ke China lengkap dengan perisian berkenaan, berkata syarikat mencabul undang-undang China dan memburukkan pencemaran udara.

“Ia adalah kes pertama litigasi ke atas pencemaran kenderaan, dan bagi kami ia hanya satu permulaan,” kata Ma Yong, penolong setiausaha agung kumpulan yang berpangkalan di Beijing itu.

“Kami rasa tindakan guaman ini pastinya memberi kesan ke atas syarikat kereta lain yang bersalah kerana melanggar peraturan alam sekitar.”

Mahkamah Perantara Rakyat No 2 Tianjin menerima kes tersebut secara formal pada minggu lalu, menurut dokumen rasmi yang disiar dalam laman media sosial NGO (pertubuhan bukan kerajaan).

China adalah pasaran kereta terbesar dunia tetapi kebanyakan kereta di negara menggunakan petrol, dengan itu jumlah kenderaan yang terbabit dalam skandal itu adalah kecil.

Tindakan tersebut sedang dikemukakan di bawah satu pemindahan undang-undang perlindungan alam sekitar China yang berkuat kuasa pada tahun ini, memberikan hak tertentu kepada NGO untuk menyaman pencemar.

“Sebelum undang-undang ini berkuat kuasa, kami hanya boleh mengambil bahagian dalam perlindungan alam sekitar menerusi penyeliaan dan dengan memberikan cadangan, kami tidak boleh mengambil tindakan guaman,” jelas Ma.

NGO beliau akan menuduh Volkswagen mencabul undang-undang China berdasarkan kualiti produk, perlindungan alam sekitar dan liabiliti salah laku, beritahu peguamnya kepada akhbar China Daily.

ARTIKEL YANG SAMA