Niaga hadapan emas dijangka mengukuh minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka mengukuh minggu depan

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mengukuh minggu depan menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) pada 15 dan 16 Dis ini, kata Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chan Pek Man.

“Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan emas di pasaran tempatan terus mencatat kerugian bagi minggu keenam berturut-turut berikutan pelabur bersedia untuk kenaikan kadar faedah AS pada Disember.

“Harga emas juga akan terus jatuh jika data senarai gaji bukan ladang yang bakal dikeluarkan adalah optimis atau sebaliknya,” katanya kepada Bernama.

Dari Jumaat ke Jumaat, Disember 2015 jatuh 68 mata kepada RM142 segram, Januari 2016 susut 67 mata kepada RM142.35 segram, Februari 2016 turun 71 mata pada RM142.90 segram dan Mac 2016 kekal pada RM142.90 segram.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 460 lot bernilai RM6.64 juta daripada 564 lot bernilai RM8.21 juta.

Kepentingan terbuka pula susut kepada 381 kontrak daripada 1,314 kontrak sebelum ini.  – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA