Niaga minyak mentah menurun sedikit

Niaga minyak mentah menurun sedikit

SINGAPURA, 1 Mei (Agensi) – Harga niaga depan minyak mentah turun sedikit daripada rekod tertinggi 2016 yang dicatatkan semalam apabila peniaga mengunci keuntungan daripada rali tinggi pada bulan April.

Bagaimanapun, penganalisis berkata penurunan pengeluaran di Amerika Syarikat (AS) dan selera kukuh pelabur boleh melonjakkan harganya lebih tinggi.

Niaga depan minyak mentah antarabangsa Brent diniagakan pada AS$47.02 satu tong pada 0045 GMT, turun 16 cents daripada penutup terakhirnya, manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) susut 12 cents pada AS$45.21 satu tong.

Kejatuhan harga berlaku selepas kedua-dua penanda aras minyak mentah mencecah paras tertinggi 2016 hari sebelumnya, yang dilihat sebagai kenaikan harga terbesar dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Brent dan WTI mencatatkan rali lebih daripada 70 peratus selepas merekodkan paras terendah 2016 pada Januari dan Februari.

Penganalisis berkata, penurunan output di AS dan kelemahan dolar melonjakkan harga minyak dan menarik pelabur.

“Arah aliran semasa kenaikan harga minyak mentah mendapat satu lagi sokongan apabila output AS menunjukkan penurunan sekali lagi minggu lalu,” kata ANZ Bank.

Laporan dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) menunjukkan pengeluaran minyak mentah jatuh kepada 8.94 juta tong sehari (bpd) minggu lalu, susut hampir sejuta bpd berbanding tempoh sama tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA