Niagara Falls bakal diterangi teknologi lampu LED

Niagara Falls bakal diterangi teknologi lampu LED

NIAGARA FALLS, Ontario, 1 Dis – Lampu yang bernilai AS$4 juta dijanjikan akan dipasang untuk menambahbaikkan suasana malam di tempat peranginan Niagara Falls.

Para pegawai berkata bahawa lampu LED jimat tenaga akan diperkenalkan hari ini untuk memberikan keterangan dan warna yang lebih mantap berbanding teknologi halogen yang digunakan ketika ini untuk memaparkan suasana air terjun pada waktu malam setelah 20 tahun.

Lampu cahaya dipasang dari tebing air terjun di bahagian Kanada, yang memancarkan Air terjun Horseshoe dan Air Terjun Amerika, bersama Air Terjun Bridal Veil yang membuatkan tarikan pelancong dua negara.

Air Terjun itu pertama kali dicahayakan pada 1860 dengan 200 lampu seperti mana yang digunakan pada lampu signal yang digunakan di laut. Elektrik pertama kali digunakan pada 1879.

Menara Pencahayaan di mana kebanyakan lampu diletakkan dibina pada 1899.