NiAT beri dorongan pelajar teknikal

NiAT beri dorongan pelajar teknikal

PENYELIA perkhidmatan satelit komunikasi tempatan pada hujung minggu yang lalu telah menerima kira-kira 20 anggota IET UTB dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan berpeluang melawat stesen Bumi Telisai (TES).

Pertubuhan yang dikenali sebagai ‘Network Integrity Assurance Technologies Sdn.Bhd (NiAT) yang menyelia kemudahan TES telah mengalu-alukan pelajar untuk melawat dan memberikan pelajar pengalaman pertama kali secara praktikal dan ‘set up’ sebenar di pusat berkenaan serta yang pertama di negara ini.

Pegawai Pembangunan Perniagaan NiAT, Awang Mohd Yamin bin Abd Hamid telah menerangkan mengenai teknologi telekomunikasi satelit dan bagaimana NiAT mengetuai industri berkenaan untuk Brunei Darussalam.

“Kebanyakan perkhidmatan kami sediakan adalah lazimnya sudah digunakan di seluruh dunia. Tugas kami adalah untuk menggunakan teknologi itu untuk merapatkan jurang untuk mereka yang berada di luar negara untuk mendapat liputan dan tiada cara untuk berhubung serta banyak lagi.”

Dengan senario berkenaan dalam fikiran kita, mungkin anda sudah boleh membayangkan permintaan untuk perkhidmatan berkenaan di Brunei.

Penyelia perkhidmatan satelit komunikasi tempatan pada hujung minggu yang lalu telah menerima kira-kira 20 anggota IET UTB dari Universiti Teknologi Brunei.
Penyelia perkhidmatan satelit komunikasi tempatan pada hujung minggu yang lalu telah menerima kira-kira 20 anggota IET UTB dari Universiti Teknologi Brunei.

Banyak sektor telah mendapat manfaat dengan menggunakan teknologi satelit seperti industri minyak dan gas malahan pihak tentera juga menggunakan perkhidmatan ini. Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menawarkan satu rangkaian yang melengkapi pelbagai teknologi seperti selular, radio dan juga satelit. Oleh demikian, para pelanggan kini mempunyai ketenangan fikiran walaupun berada di luar kawasan dan menepis slogan ‘Dunia tanpa sempadan’

Para pelajar kemudiannya dibawa melawat di sekitar stesen berkenaan dan mengkaji Pusat Operasi Rangkaian (NOC) di mana pihak NiAT menjalankan sepenuhnya pemantauan rangkaian untuk memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai dan sentiasa responsif setiap masa.

NiAT adalah anak syarikat Telekom Brunei dan pembekal perkhidmatan komunikasi satelit tempatan di Brunei yang menawarkan telekomunikasi berasaskan satelit dan pelbagai perkhidmatan yang lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA