Niat mencuri membawa padah

Niat mencuri membawa padah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Dua lelaki tempatan yang disabit oleh Mahkamah Perantaraan atas lima pertuduhan menceroboh dengan niat untuk mencuri dan merosakkan harta benda pada Julai 2012, menerima hukuman masing-masing, hari ini.

Hakim Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metussain menjatuhkan hukuman penjara 72 bulan dan empat sebatan ke atas Sukardi bin Haji Jamahad sementara Mohamad Noh bin Zainal Abidin dikenakan 60 bulan penjara dan juga empat sebatan.

Kedua-dua tertuduh didapati menceroboh Bank Standard Chartered dan Bank Baiduri di Sengkurong dan di Kiulap serta merosakkan mesin ATM kedua-dua bank terbabit selain turut menceroboh Pad Motors di Beribi dengan niat untuk mencuri.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Latiff.

ARTIKEL YANG SAMA