NICB bantu tambah bekalan darah

NICB bantu tambah bekalan darah

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April – Sebagai komitmen untuk menghulurkan bantuan dan khidmat bakti kepada golongan yang memerlukan, National Insurance Company Berhad (NICB) dengan kerjasama Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah menganjurkan Kempen Menderma Darah bertempat di Pejabat NICB, Kiulap, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NICB, kempen tersebut berjaya menarik seramai 40 penderma terdiri daripada kakitangan syarikat tersebut termasuk Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn, rakan perniagaan serta orang ramai.

NICB, jelas kenyataan itu lagi, akan terus mengadakan kempen berkenaan setiap tahun bagi menyokong usaha kerajaan untuk memastikan bekalan darah yang mencukupi bagi mereka yang memerlukan.

Kempen tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat berterusan syarikat berkenaan untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat.

Kakitangan, rakan peniaga dan orang ramai yang turut serta dalam kempen menderma darah itu.
Kakitangan, rakan peniaga dan orang ramai yang turut serta dalam kempen menderma darah itu.

ARTIKEL YANG SAMA