NICB hargai jasa warga kerja

NICB hargai jasa warga kerja

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan sumbangan berterusan kakitangan kepada pencapaian National Insurance Company Berhad (NICB), syarikat berkenaan mengadakan lawatan tahunan syarikat dan majlis penghargaan di Shanghai, Republik Rakyat China, baru-baru ini.

Majlis penghargaan itu diadakan di Shanghai Marriott Hotel City Centre yang mana di majlis berkenaan, Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn menyatakan penghargaan kepada kakitangan syarikat berkenaan yang terus memberikan komitmen bagi kejayaan NICB pada 2015.

Di majlis berkenaan, para kakitangan yang diraikan berpeluang untuk menikmati pelbagai hidangan menarik dan juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dalam acara cabutan bertuah.

Selain daripada itu, semasa lawatan itu juga, para kakitangan NICB juga berpeluang untuk menyusuri Sungai Huangpu dan melawat ke tempat-tempat menarik di Shanghai termasuk Menara TV Oriental Pearl, Taman Yuyuan dan Bandar Lama Chenghuangmiao.

Kolja Klawunn bergambar ramai dengan pegawai dan kakitangan NICB yang diraikan pada majlis berkenaan.
Kolja Klawunn bergambar ramai dengan pegawai dan kakitangan NICB yang diraikan pada majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA