NICB perkenalkan pengurus besar baru

NICB perkenalkan pengurus besar baru

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – National Insurance Co. Bhd (NICB), baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Resepsi Minuman Petang bagi memperkenalkan Pengurus Besar NICB yang baru, Klaus Tomalla, kepada ejen-ejen insurans dan rakan-rakan perniagaan dalam majlis yang berlangsung di Hotel Empire & Country Club, Jerudong.

Majlis itu dihadiri oleh kira-kira 100 jemputan di mana mereka telah dialu-alukan oleh pihak pengurusan NICB.

Timbalan Pengerusi NICB, Dato Timothy Ong dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada semua ejen insurans, rakan-rakan perniagaan dan pegawai serta kakitangan NICB atas sokongan berterusan dan bernilai mereka.

Kolja (kiri), Klaus (tengah) dan Dato Timothy (kanan) bergambar ramai di majlis yang diadakan di Jerudong, baru-baru ini.
Kolja (kiri), Klaus (tengah) dan Dato Timothy (kanan) bergambar ramai di majlis yang diadakan di Jerudong, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Dato Timothy memperkenalkan Klaus Tomalla sebagai seorang profesional insurans yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam industri insurans termasuk pengalaman pengurusan di Eropah Tengah dan Timur termasuk Rusia, Timur Tengah, Afrika Selatan dan India.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada bekas Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn yang pada masa ini, berperanan sebagai Pengurus Serantau Operasi Asia Pasifik yang berpejabat di Pejabat Allianz Singapura serta juga dilantik sebagai Pengarah Alternate NICB.

Manakala itu, majlis yang berasingan bagi memperkenalkan Klaus Tomalla kepada ejen-ejen insurans dan rakan-rakan perniagaan NICB di Kuala Belait, turut diadakan di Swiss Hotel Apartment.

ARTIKEL YANG SAMA