NICB rai 80 ejen insurans

NICB rai 80 ejen insurans

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Sebagai tanda penghargaan kepada ejen-ejen insurans yang terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, Syarikat National Insurance Co Bhd (NICB), baru-baru ini, mengadakan Majlis Penghargaan bagi kira-kira 80 ejennya di Dorsett Grand Hotel, Labuan.

Hadir untuk mengalu-alukan para ejen-ejen yang diraikan di majlis berkenaan ialah Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn bersama-sama ahli-ahli pengurusan NICB di mana majlis penghargaan itu bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para ejen dan pegawai serta kakitangan NICB.

Di majlis penghargaan itu juga, Kolja menyatakan penghargaan kepada para ejen atas usaha dan sumbangan cemerlang mereka sepanjang 2014 dan juga menyempurnakan penyampaian anugerah kepada Ejen Terbaik bagi 2014 dan anugerah kepada ejen-ejen yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang 2014.

Di majlis berkenaan, para ejen yang diraikan juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah-hadiah menarik dalam acara cabutan bertuah termasuk iPhone 6, iPad Mini dan tiket penerbangan.

Kolja bergambar ramai dengan beberapa ejen insurans yang diraikan.
Kolja bergambar ramai dengan beberapa ejen insurans yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA