NICB rai Aidilfitri bersama ejen

NICB rai Aidilfitri bersama ejen

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terus dirasakan dengan National Insurance Co Bhd (NICB) meraikan lebih 100 ejen serta rakan perniagaannya dalam majlis sambutan hari raya yang diadakan di Restoran Millenium, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NICB, hari ini, para tetamu di majlis itu telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn serta para pegawai pengurusan dan kakitangan NICB.

Sambutan hari raya itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada ejen-ejen dan rakan perniagaan di atas sokongan berterusan yang diberikan serta untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara ejen, rakan perniagaan serta kakitangan NICB.

Pengurus Besar NICB mengalu-alukan para tetamu ke majlis sambutan itu.
Pengurus Besar NICB mengalu-alukan para tetamu ke majlis sambutan itu.

ARTIKEL YANG SAMA