NICB rai Tahu...

NICB rai Tahun Baru Cina bersama rakan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Kira-kira 180 orang ejen dan rakan perniagaan National Insurance Co Bhd (NICB) telah diraikan dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) yang diadakan di Restoran Millenium, baru-baru ini.

Kehadiran para jemputan pada majlis itu telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar NICB, Klaus Tomalla bersama-sama pihak pengurusan syarikat berkenaan.

Sambutan yang menyajikan para jemputan dengan pelbagai hidangan lazat itu adalah sebagai tanda penghargaan di atas sokongan berterusan yang diberikan kepada NICB yang juga dihasratkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.

Klaus Tomalla (kiri) mengalu-alukan tetamu yang diraikan di majlis berkenaan.
Klaus Tomalla (kiri) mengalu-alukan tetamu yang diraikan di majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA