NICB rai TBC

NICB rai TBC

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Kira-kira 135 orang kalangan ejen dan rakan perniagaan National Insurance Co Bhd (NICB) telah diraikan dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Restoran Millenium, baru-baru ini.

Kedatangan para jemputan telah dialu-alukan oleh Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn bersama-sama pihak pengurusan syarikat berkenaan.

Sambutan itu diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta sebagai tanda penghargaan di atas sokongan berterusan yang diberikan kepada NICB.

Pada majlis itu, para jemputan turut disajikan dengan pelbagai hidangan yang lazat.

Kolja bergambar bersama tetamu yang diraikan pada majlis berkenaan.
Kolja bergambar bersama tetamu yang diraikan pada majlis berkenaan.