NICB raikan ejen-ejen insurans

NICB raikan ejen-ejen insurans

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Sebagai tanda penghargaan kepada ejen-ejen insurans yang terus memberikan perkhidmatan terbaik, Syarikat National Insurance Co Bhd (NICB), baru-baru ini, mengadakan Majlis Penghargaan bagi ejen-ejennya di majlis yang berlangsung di Restoran Tarindak.

Hadir untuk mengalu-alukan kehadiran para ejen yang diraikan di majlis berkenaan ialah Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn bersama-sama ahli-ahli pengurusan NICB.

Di majlis penghargaan itu juga, Kolja telah menyampaikan Anugerah Ejen Terbaik bagi 2014 dan anugerah kepada ejen-ejen yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang 2014.

Majlis itu dianjurkan oleh NICB sebagai tanda penghargaan kepada para ejen yang memberikan sokongan berterusan kepada kejayaan NICB pada 2014 serta untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ejen dan pegawai serta kakitangan NICB.

Pada masa yang sama, NICB menyatakan bahawa Allianz iaitu sebuah syarikat bersekutu dengan NICB akan mengadakan Kem Bola Sepak Junior Allianz 2015 iaitu rakan rasmi kelab bola sepak, FC Bayern Munchen di mana kem berkenaan akan diadakan di Munich, Jerman.

Kolja bergambar ramai dengan para ejen yang diraikan.
Kolja bergambar ramai dengan para ejen yang diraikan.

Sehubungan itu, pendaftaran bagi menyertai kem bola sepak berkenaan dibuka untuk pendaftaran warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berusia di antara 14 hingga 16 tahun dengan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 Jun.

Dua orang pemain bola remaja yang berjaya akan dipilih untuk menyertai kem berkenaan di mana mereka akan berpeluang untuk bertemu dengan bintang-bintang FC Bayern Munchen dan mengambil bahagian dalam latihan bola sepak yang dikendalikan oleh jurulatih rasmi kelab berkenaan.

Di samping itu, mereka juga akan berpeluang untuk melawat bandar Munich dan menyaksikan perlawanan pasukan FC Bayern Munchen secara langsung di Arena Allianz.

Bagi yang berminat untuk mendaftar menyertai kem itu, bolehlah melayari laman sesawang www.allianz.com/AJFC atau www.fcbayern.de/AJFC.

ARTIKEL YANG SAMA