NICB sumbang monitor komputer kepada SMARTER

NICB sumbang monitor komputer kepada SMARTER

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Sebagai sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, National Insurance Company Berhad (NICB) menyumbangkan sebanyak lima buah monitor komputer kepada SMARTER Brunei, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NICB, hari ini, sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn kepada Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman di Pusat SMARTER, Kampung Jangsak.

Di majlis itu juga, sebagai tanda penghargaan, Kolja telah menerima hadiah yang dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar dari pusat berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, NICB akan terus memainkan peranannya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui kegiatan tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan sebagai salah satu usaha untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Kolja (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan berupa monitor komputer kepada Malai Haji Abdullah (kanan).
Kolja (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan berupa monitor komputer kepada Malai Haji Abdullah (kanan).