Nice cari tonik

Nice cari tonik

PARIS, 30 Sept – Kempen bulan madu Lucien Favre (gambar) yang dilanjutkan ke atas Cote d’Azur mempertarungkan pemimpin Lique 1 Nice ke atas Lorient pada hujung minggu ini, sementara Lyon menjadi tuan rumah kepada musuh ketat Saint-Etienne dalam perlawanan Rhone. Favre, yang mengganti Claude Puel pada musim panas, telah menyelia permulaan yang menakjubkan dalam tempoh jawatannya di Allianz Riviera dengan Nice satu-satunya pasukan yang masih belum ditewaskan dalam liga.

“Untuk memiliki 17 mata selepas tujuh perlawanan adalah mengagumkan,” kata Favre, ekoran kemenangan 1-0 pada Ahad di Nancy yang mengekalkan Les Aiglons satu mata di depan Monaco.

Bagaimanapun, kejayaan domestik Nice bertentangan dengan prestasi merosot mereka dalam Liga Europa di mana mereka telah tewas dalam dua perlawanan kumpulan pertama mereka, kekalahan kedua 5-2 kepada Krasnodar pada Khamis.

Namun Favre, yang mengalu-alu kepulangan Mario Balotelli daripada kecederaan paha semasa beraksi di Rusia, akan memilih peluang pasukannya untuk melanjutkan kedudukan mereka di tempat etratas di Perancis dengan Lorient ketinggalan di tempat ke-17 meskipun dua kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka. – AFP