Nice pemanas badan Liga Juara-Juara PSG

Nice pemanas badan Liga Juara-Juara PSG

PARIS, 1 April (AFP) – Paris Saint-Germain akan bersiap sedia untuk pertemuan Liga Juara-Juara dengan Manchester City dengan melayan Nice di Parc des Princes dalam aksi Ligue 1, esok.

PSG mengakhiri kejuaraan Perancis keempat berturut-turut dalam masa rekod pada bulan lalu, meninggalkan mereka untuk menumpu kesemua tenaga mereka pada matlamat mereka yang lain, terutamanya usaha mereka untuk memperoleh kegemilangan Eropah.

Mereka ditewaskan 2-0 oleh Monaco dua minggu lalu dalam perlawanan pertama mereka sejak memenangi kejuaraan, keputusannya menamatkan rekod liga yang tidak ditewaskan di tempat sendiri sejak dua tahun lalu, dan jurulatih Laurent Blanc akan berasa tidak sabar-sabar untuk mengelak satu lagi halangan.

Pasukan Inggeris City tiba di ibu negara Perancis untuk pusingan pertama perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada Rabu akan datang, maka Blanc perlu membuat keputusan sama ada merehatkan beberapa pemainnya yang tidak hadir disebabkan tugas antarabangsa.

Bekas pemain Manchester United, Angel Di Maria, boleh berehat selepas mengalami kecederaan ketika bermain untuk Argentina, sementara Marco Verratti masih diketepikan disebabkan kecederaan.

Bagaimanapun, pemain Ivory Coast Serge Aurier mungkin bermain untuk kali pertama sejak diusir menjadi pemain pengganti pada Februari selepas menghina Blanc dalam video di media sosial.

“Dia sudah kembali bersama skuad. Dia mesti dianggap sebagai seorang anggota skuad,” beritahu Blanc kepada France Info semalam, sebelum menegaskan isu tersebut sudah selesai.

“Saya tidak terkejut. Tidak ada apa-apa yang mengejutkan saya lagi, tetapi saya berasa marah. Secara terus-terang, saya fikir dia tidak memikirkan apa yang dikatakannya. Saya telah berkata apa yang perlu saya katakan kepadanya.”

ARTIKEL YANG SAMA