Nicklaus percaya Woods akan kembali kuat

Nicklaus percaya Woods akan kembali kuat

NEW YORK, 16 Dis (Reuters) – Jack Nicklaus percaya Tiger Wood akan meneruskan buruannya terhadap rekod 18 gelaran golf profesional utamanya, namun percaya beliau mungkin akan mengalami masalah dengan pemain muda yang kian meningkat.

Nicklaus, di New York untuk menerima Anugerah Warisan Muhammad Ali yang dianugerahkan kepadanya oleh majalah Sports Illustrated kelmarin, berkata dia berpendapat Wood perlu memastikan beliau pulih dari kecederaan belakang sebelum kembali bertanding.

“Saya tidak mengetahui bagaimana dia akan kembali tahun depan. Saya tidak tahu sama ada kesihatannya akan membenarkannya untuk kembali tahun depan,” Nicklaus memberitahu Reuters sebelum diberikan anugerah dalam membentuk cita-cita kesukanan, kepimpinan dan kedermawanan.

“Saya tahu dia mahukannya, namun saya rasa dia perlu bersabar. Jangan kembali terlalu awal, biarkan dia sihat.”

Woods, yang akan menyambut ulang tahun ke-40 tahun bulan ini, baru-baru ini mendedahkan beliau telah menjalani prosedur kedua dalam kurang daripada dua bulan pada bahagian bawah belakangnya dan ketiga dalam 18 tahun dan tidak mengetahui bila beliau akan boleh kembali untuk menjalani latihan.

Tiger Woods kini dalam proses pemulihan akibat kecederaan yang dialaminya. - Reuters
Tiger Woods kini dalam proses pemulihan akibat kecederaan yang dialaminya. – Reuters

“Dia merupakan atlet yang hebat dan pesaing yang baik. Saya rasa dia akan kembali, tapi jangan cederakan diri mu. Bawa bersabar. Dia mempunyai lebih banyak untuk disumbangkan pada sukan golf,” kata Nicklaus.

Berkata begitu, Nicklaus percaya Woods akan melihat pertandingan akan lebih sengit ketika kepulangannya.

“Kita mempunyai banyak pemain muda yang bagus. Mereka telah mengambil manfaat daripada ketiadaan Tiger,” Nicklaus berkata merujuk kepada pemain seperti Jordan Spieth, Jason dan Rory Mcllroy.

“Daripada hanya Tiger yang mendominasi perlawanan, mereka mempunyai keupayaan untuk belajar bagaimana untuk menang tanpa punyai pesaing lain yang mendominasi mereka.

“Saya amat percaya Tiger akan kembali dan apabila dia kembali nanti, dia akan berdepan dengan beberapa pemain yang dahaga dan cuba untuk memenanginya dan tahu bagaimana cara melakukannya.”

Ditanya jika dia berasa rekodnya 18 gelarannya selamat daripada Woods, pemain veteran berusia 75 tahun itu berkata: “Siapa tahu? Saya tidak tahu sama ada ia selamat atau tidak. Jika ia tidak, ia OK. Saya berasa Tiger akan kembali dan akan memenangi lebih banyak lagi.”