Nico akhiri penguasaan Hamilton

Nico akhiri penguasaan Hamilton

BARCELONA, 10 Mei (AFP) – Pemandu Mercedes, Nico Rosberg mengakhiri penguasaan rakan sepasukan, Lewis Hamilton apabila berjaya muncul juara di Litar Catalunya dalam perlumbaan Gran Prix Sepanyol petang tadi.

Rosberg menggunakan kelebih bermula di petak pertama buat julung kali musim ini selepas menamatkan dominasi Lewis Hamilton, semalam.

Hamilton yang mencatat masa terpantas dalam empat perlumbaan pertama musim ini dan mendahului kedudukan pemandu dunia dengan 93 mata, 27 mata di depan Rosberg, hanya mampu menamatkan pusingan kelayakan di tangga kedua.

Hamilton yang mengakui dia gagal memberikan yang terbaik berkata: “Saya gagal mempamerkan yang terbaik hari ini dan Nico melakukan kerja yang hebat. Saya tidak fikir saya merosot cuma tidak mempunyai kadar untuk melakukan tugasan yang hebat.”

Rosberg mencatat masa terpantas 1 minit, 24.681 saat, manakala Hamilton dengan 1:24.948s. Pemandu Ferrari yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel te­rus menjadi pesaing utama Mercedes apabila mengekori di tempat ketiga menerusi kepantasan 1:25.458s.

Nico Rosberg meraikan kejayaan menjuarai GP Sepanyol di Litar Catalunya selepas mengatasi Lewis Hamilton petang tadi. - AFP
Nico Rosberg meraikan kejayaan menjuarai GP Sepanyol di Litar Catalunya selepas mengatasi Lewis Hamilton petang tadi. – AFP

Pemandu Finland, Valtteri Bottas dari pasukan Williams mencatat masa keempat terpantas (1:25.694s), diikuti dua pelumba Toro Rosso, Carlos Sainz Jr (1:26.136s) dan Max Verstappen (1:26.249s).

Kimi Raikkonen dari Ferrari di tempat ketujuh dengan 1:26.414s dan lapan daripada 10 perlumbaan di Montmelo, telah dimenangi dari petak pertama.

“Sudah tentu saya memerlukannya lebih awal daripada kemudian,” kata Rosberg. “Ia adalah satu langkah ke arah yang betul untuk memenangi perlumbaan dan hari yang baik bagi saya.”

“Sangat menakjubkan, terima kasih semua!,” kata Rosberg kepada krew pasukan yang melompat kegembiraan keluar dari kereta sejurus tiba di hentian pit.

ARTIKEL YANG SAMA