Nico Rosberg juara F1 Mexico

Nico Rosberg juara F1 Mexico

BANDAR MEXICO, 2 Nov (AFP) – Pemandu Mercedes, Nico Rosberg yang mendahului sejak awal muncul sebagai juara Grand Prix Formula Satu (F1) Mexico dalam saingan semalam dengan mengakhiri pemanduan di posisi pertama, di hadapan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton.

Kemenangan ini menjadikan Rosberg bergelar juara buat kali keempat pada musim ini. Sebelum ini, kali terakhir dia naik podium teratas adalah di GP Austria pada Jun lalu.

Sementara itu, Hamilton yang sudah mengunci gelaran juara dunia berakhir di tempat kedua. Podium ketiga diduduki pemandu Williams, Valtteri Bottas.

Dengan hasil ini, Hamilton masih mendahului senarai pemandu dengan 345 mata. Sementara itu, Rosberg naik ke tempat kedua dengan 272 mata, manakala Sebastian Vettel tidak mendapat mata setelah gagal menamatkan pemanduan kerana kemalangan.

Nico Rosberg ketika menyertai GP F1 Mexico di Autodromo Hermanos Rodriguez di bandar Mexico pada 1 November 2015. – Reuters
Nico Rosberg ketika menyertai GP F1 Mexico di Autodromo Hermanos Rodriguez di bandar Mexico pada 1 November 2015. – Reuters

Vettel ditimpa kejadian kurang baik apabila pada minit ke-52, kenderaannya tergelincir dan melanggar tembok.

Rosberg menamatkan perlumbaan dengan catatan waktu 1 jam 42 minit 35.038 saat.

“Mungkin ini adalah kemenangan terbaik saya musim ini. Ini adalah sebuah kemenangan yang luar biasa!” kata pelumba dari Jerman sebaik tamat saingan.

GP Mexico tahun ini lebih istimewa kerana ini merupakan kali pertama Mexico City kembali menjadi tuan rumah Formula 1 sejak 23 tahun.