Nico Rosberg tawan GP China

Nico Rosberg tawan GP China

SHANGHAI, 17 April (AFP) – Nico Rosberg berjaya menang di perlumbaan Grand Prix China sebentar tadi, sekali gus melengkapkan kemenangan berturut-turut ketiganya musim ini untuk kekal sempurna pada musim Formula Satu 2016.

Walaupun dikejutkan oleh Daniel Ricciardo pada awal perlumbaan, Nico Rosberg berjaya mengambil semula tempat pertama pada pertembungan selekoh awal dan mengekalkan kedudukannya itu hingga ke akhir perlumbaan.

Sementara itu, juara bertahan Lewis Hamilton memulakan perlumbaan dari belakang selepas kegagalan mekanikal pada jenteranya di pusingan kelayakan namun dia berjaya menyudahkan perlumbaan di tempat ketujuh, walaupun masuk ke pit di awal perlumbaan untuk menukar sayap depan yang rosak.

Tatkala Rosberg menjarakkan mata kejuaraan kepada 36 mata, nasib malang pasukan Ferrari berterusan selepas Vettel dan Kimi Raikonen berlanggar pada selekoh pertama, membenarkan pemandu Red Bull, Daniil Kvyat untuk mengambil posisi ketiga, di mana pemandu Rusia itu juga menyudahkan perlumbaan di kedudukan itu.

Pemenang tempat kedua Sebastian Vettel pula bergelut dari posisi ke-15 namun menyalahkan Kvyat kerana memandu “seperti orang gila” dalam perbualan kata-kata kasar bersama pasukan dalam radio.

Nico Rosberg meraikan kemenangan di atas jenteranya sejurus selepas mengakhiri perlumbaan. – AFP
Nico Rosberg meraikan kemenangan di atas jenteranya sejurus selepas mengakhiri perlumbaan. – AFP

“Serangan Kvyat begitu berani mati,” berang pemandu Jerman itu, yang masih bertengkar dengan Kvyat di podium apabila Rosberg memberikan ucapan kemenangannya.

“Tidak mungkin dia boleh lakukan lencongan itu dengan kelajuan sebegitu.”

Sementara itu, Rosberg mempamerkan aksi pemanduan yang hebat, menjadi hanya pemandu keempat yang memenangi enam perlumbaan berturut-turut, menyertai Vettel (sembilan), Alberto Ascari (tujuh) dan Michael Schumacher (enam) selepas memenangi tiga perlumbaan terakhir 2015.

Jika kemenangan Rosberg di Australia dan Bahrain diketepikan oleh Hamilton, kemenangan ke-17 kerjayanya menggariskan betapa jauhnya momentum bertukar sejak Hamilton meraih gelaran dunia ketiganya di Texas Oktober lepas, kali terakhir dia memenangi Grand Prix.

Kali terakhir Hamilton memulakan perlumbaan di belakang grid ialah di Hungary dua tahun lepas apabila dia berjaya menyudahkan perlumbaan itu di tempat ketiga.

Selepas menukar enjin, Hamilton menghasilkan cubaan berani untuk melakukan semula aksi 2014nya, namun petir seperti tidak menyambar dua kali, terutamanya apabila dia perlu menukar sayap depan jenteranya di awal perlumbaan.

Rosberg kelihatan tidak dapat dihentikan sejak dia memintas Ricciardo yang menyudahkan perlumbaan di tempat keempat.

ARTIKEL YANG SAMA