Nico tawan litar Monaco

Nico tawan litar Monaco

MONACO, 25 Mei (AFP) – Nico Rosberg muncul pemandu pertama sejak mendiang, Ayrton Senna untuk memenangi gelaran Grand Prix Monaco tiga kali berturut-turut apabila dia mengungguli perlumbaan Formula Satu (F1) di sini, malam ini.

Pelumba Jerman berusia 29 tahun itu yang memenangi gelaran kedua berturut-turut, musim ini memacu Mercedes mengatasi rakan senegara, Sebastian Vettel dari Ferrari manakala Lewis Hamilton hanya mampu di tempat ketiga.

Rosberg menang dengan 4.4 saat lebih pantas daripada juara empat kali F1, Vettel dan enam saat di hadapan Hamilton.

“Saya amat gembira. Tapi saya akur elemen tuah juga memihak saya dalam perlumbaan ini. Lewis memandu hebat dan berhak untuk menang tapi inilah adat perlumbaan. Saya akan menikmati kemenangan ini sekarang,” katanya.

Nico Rosberg meraikan kejayaan melengkapkan hatrik menawan Litar Monte Carlo di GP Monaco semalam. – AFP
Nico Rosberg meraikan kejayaan melengkapkan hatrik menawan Litar Monte Carlo di GP Monaco semalam. – AFP

Rosberg berjaya mengatasi Lewis Hamilton buat kali pertama musim ini selepas menjuarai Grand Prix Sepanyol, 10 Mei lalu. Hamilton menamatkan saingan di tangga kedua, diekori pemandu Ferrari, Sebastian Vettel di tempat ketiga.

GP Monaco adalah kemenangan ke-10 buat Rosberg sepanjang kariernya, namun GP Sepanyol adalah yang pertama sejak memenangi Grand Prix Brazil, November tahun lalu.

Hamilton berjaya menjuarai tiga daripada enam perlumbaan musim ini, manakala Sebastian Vettel merupakan satu-satunya pemandu yang berjaya mengetepikan dominasi pasukan Mercedes apabila menjuarai Grand Prix Malaysia, Mac lalu.