Nicol David pertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong

Nicol David pertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong

HONG KONG, 6 Dis – Pemain skuasy Malaysia Nicol David berjaya mempertahankan gelaran Terbuka Hong Kong buat kali ke-10 selepas menewaskan pencabar dekatnya Laura Massaro dari England pada perlawanan akhir hari ini.

Ia merupakan perlawanan final kejohanan Jelajah Dunia Pertubuhan Skuasy Profesional (PSA) ke-100 buat Nicol David.

Dalam perlawanan akhir yang diadakan di Pusat Sukan Hong Kong, Nicol, 32, pemain pilihan kedua kejohanan itu, menewaskan Massaro dengan straight set 15-13, 11-9 dan 11-3 dalam masa 39 minit.

“Adrenalin saya sangat tinggi hari ini dan saya memberikan semua yang saya ada,” kata Nicol selepas kemenangan itu, dipetik sebagai berkata dalam laman sesawang, www.squashsite.co.uk.

Kemenangan Nicol di Terbuka Hong Kong bermula sejak 2006.

Pada 2005, beliau memenangi gelaran dunia pertamanya pada kejohanan Terbuka Dunia Wanita di Hong Kong.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain nombor dua dunia Mohamed Elshorbay dari Egypt mengalahkan pemain Australia Cameron Pilley 11-8, 11-6 dan 11-8 untuk menjulang gelaran.  – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA