Nicol mara, Nafiizwan terkeluar terbuka AS

Nicol mara, Nafiizwan terkeluar terbuka AS

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2016 di Kelab Kriket Philadelphia awal pagi ini.

Menurut laman web kejohanan http://www.usopensquash.com, juara kejohanan tiga kali itu menang ke atas pemain Mesir, Nour El Tayeb 4-11, 9-11, 11-4, 11-6 dan 11-7.

“Saya amat teruja. Dia memberi tentangan kepada saya, namun saya bermain bertungkus lumus dan gembira dengan kemenangan saya ,” katanya.

Nicol akan bertemu pilihan kelima Raneem El Welily juga dari Mesir yang mengalahkan pemain New Zealand, Joelle King dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Pertemuan antara kedua-duanya akan diadakan pada Rabu.Sementara itu Mohd Nafiizwan Adnan gagal mara ke suku akhir apabila kalah kepada pemain Afrika Selatan, Stephen Coppinger 7-11, 11-5, 11-9, 4-11 dan 9-11.

Coppinger akan bertemu pemain England, James Willstrop. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA