Nicol terima Anugerah Semangat Skuasy Wanita

Nicol terima Anugerah Semangat Skuasy Wanita

pg23_160531_a

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David (gambar) memenangi Anugerah Semangat Skuasy bagi Pemain Wanita setelah berakhir Kejohanan Final Skuasy Siri Dunia PSA 2015/16 di Dubai pada Ahad.

Anugerah diberikan kepada pemain yang menunjukkan contoh semangat kesukanan, kesetiakawanan dan permainan bersih.

Menurut lawan web Persatuan Skuasy Profesional (PSA), pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Raneem El Welily menjadi naib johan bagi anugerah tersebut.

Sementara itu kuasa skuasy dunia, Mesir mengungguli anugerah berkenaan apabila memenangi sembilan daripada 10 anugerah yang dipertandingkan.

Pemain nombor satu wanita dunia dari Mesir, Nour El Sherbini menerima Anugerah Pemain Wanita Tahunan Terbaik. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA