Nicolas Anelka tuduh Houlier bersikap perkauman

Nicolas Anelka tuduh Houlier bersikap perkauman

PARIS, 19 Okt – Bekas penyerang kontroversi Perancis, Nicolas Anelka menuduh bekas bosnya di Liverpool Gerard Houllier bersikap perkauman.

Bercakap menerusi rakaman video di YouTube, pemain yang gemar berhijrah itu yang ketika ini beraksi bersama kelab India, Mumbai City FC dalam saingan Liga Super India menuduh Houllier mengamalkan perkauman mengenai sesuatu yang diterbitkan dalam sebuah buku ‘I Will Never Walk Alone’, yang dikeluarkan pada Khamis lalu.

Dalam buku terbabit, Houllier menuduh Anelka tidak bersyukur dan gemar merungut mengenai abang dan ejennya.

“Abang-abangnya pergi ke setiap kelab untuk cuba menjual Nicolas kepada sesiapa yang mengeluarkan wang paling banyak di atas meja,” kata Houllier.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Houllier menjelaskan ia adalah “kali pertama dan satu-satunya saya melihat orang kulit hitam menjadi merah.”

Ia mencetuskan berang kepada Anelka yang berkata kepada Houllier dalam Youtube: “Memiliki karektor perkauman, namun ini bukan kali pertama.”

Houllier menuduh Anelka dalam bukunya dia tidak bersyukur kepada bekas pengurus Perancis yang cuba untuk mengembalikan kerjayanya selepas kegagalan bersama kelab pertamanya, Paris Saint-Germain.

Anelka hanya beraksi semusim untuk Liverpool sebelum menyertai Manchester City. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA