Nicolas Cage setuju serah tengkorak dinosaur

Nicolas Cage setuju serah tengkorak dinosaur

NEW YORK, 22 Dis (Reuters) – Aktor Hollywood Nicolas Cage bersetuju untuk menyerahkan tengkorak dinosaur luar biasa yang dicuri yang telah dibelinya dengan harga AS$276,000 kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) supaya ia boleh dikembalikan kepada kerajaan Mongolia.

Pejabat Preet Bharara, peguam AS di Manhattan, telah memfailkan aduan perampasan sivil minggu lalu untuk mengambil tengkorak bataar Tyrannosaurus yang akan dihantar ke Mongolia.

Tindakan mahkamah itu tidak menyatakan nama Cage secara khusus sebagai pemilik, tetapi pegawai seranta Cage mengesahkan bahawa pelakon itu telah membeli tengkorak itu pada Mac 2007 dari galeri Beverly Hills, I M Chait.

Aktor filem ‘National Treasure’ itu tidak dituduh melakukan kesalahan tersebut, dan pihak berkuasa berkata dia dengan sukarela bersetuju menyerahkan tengkorak itu selepas mengetahui keadaan sebenar.

Alex Schack, pegawai seranta bagi Cage, berkata dalam e-mel bahawa aktor itu telah menerima sijil pengesahan dari galeri itu dan telah kali pertama dihubungi oleh pihak berkuasa AS dalam bulan Julai 2014, apabila Jabatan Keselamatan Dalam Negeri memaklumkannya bahawa tengkorak itu mungkin telah dicuri.

Pelakon Nicolas Cage tersenyum selepas meletakkan cetakan tangannya di petak depan Chinese Theater Grauman di Hollywood dalam gambar fail yang diambil pada 14 Ogos 2001. – Reuters
Pelakon Nicolas Cage tersenyum selepas meletakkan cetakan tangannya di petak depan Chinese Theater Grauman di Hollywood dalam gambar fail yang diambil pada 14 Ogos 2001. – Reuters

Ekoran keazaman dari pihak penyiasat bahawa tengkorak itu sebenarnya telah diambil secara haram dari Mongolia, Cage bersetuju untuk menyerahkannya, kata Schack.

Cage telah menawarkan harga lebih tinggi kepada rakan seperjuangannya, iaitu seorang bintang filem Leonardo DiCaprio bagi tulang rangka itu, menurut laporan berita sebelumnya.

Galeri I M Chait sebelum ini telah membeli dan menjual rangka dinosaur yang diseludup dari paleontologi yang telah disabitkan dengan kesalahan, Eric Prokopi, yang digelar oleh Bharara ‘satu-satunya pasaran gelap dalam fosil prasejarah.’

Galeri Chait itu tidak dituduh melakukan salah laku. Wakilnya tidak membalas permintaan untuk mengulas perkara ini semalam.