Niger mula mengundi pilihan raya presiden

Niger mula mengundi pilihan raya presiden

NIAMEY, 21 Feb (Reuters) – Niger hari ini memulakan pengundian pilihan raya yang mana Presiden Mahamadou Issoufou bertanding buat tempoh kedua dengan berikrar untuk memusnahkan militan-militan Islam dan membangunkan ekonomi dalam salah satu negara termiskin dunia itu.

Dia akan berdepan 14 calon termasuk Seyni Oumaru, ketua pakatan pembangkang. Kritikan-kritikan mengatakan Issoufou menggunakan penindasan menjelang pengundian, termasuk menahan penyokong-penyokong pembangkang dan memenjarakan ketua pembangkang Hama Amadou atas dakwaan berkaitan dengan rangkaian penyeludupan anak damit.

Kerajaan Issoufou berkata ia menghormati undang-undang dan mengelar dakwaan itu sebagai bermotifkan politik.Undian dibuka pada pukul 8 pagi waktu setempat namun pengundian bermula perlahan, dengan pegawai-pegawai pilihan raya menyusun atur bahan di tempat mengundi dan hanya beberapa sahaja datang untuk membuang undi mereka, menurut saksi-saksi.

Penduduk Niger berbaris untuk membuang undi mereka di salah sebuah tempat mengundi di Niger. – AFP
Penduduk Niger berbaris untuk membuang undi mereka di salah sebuah tempat mengundi di Niger. – AFP

“Saya menggunakan hak saya untuk mengundi calon pilihan saya dan saya gembira dengannya. Saya berharap pilihan raya berjalan dengan lancar,” ujar Hadiza Djibril, seorang penduduk di kejiranan Karaje di tebing kanan Niamey.Kumpulan militan Islam Boko Haram, yang berasak dari negara jiran Nigeria, telah melakukan beberapa siri serangan dalam bulan-bulan kebelakangan, memaksa pihak berkuasa untuk mengisytiharkan kecemasan negara di rantau tenggara Diffa.

ARTIKEL YANG SAMA