Nigeria benam Zambia 2-1

Nigeria benam Zambia 2-1

JOHANNESBURG, 10 Okt – Nigeria memulakan kempen kelayakan fasa kumpulan Piala Dunia 2018 mereka dengan kemenangan 2-1 di Zambia semalam menerusi jaringan dari dua pemain dari Liga Perdana Inggeris, Alex Iwobi dan Kelechi Iheanacho.

Kedua–dua pemain penyerang itu, 20, menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama di depan penonton 40,000 di Stadium Levy Mwanawasa di tengah bandar, Ndola termasuk Presiden Edgar Lungu.

Zambia mendominasi separuh masa kedua dan pemain penyerang veteran, Collins Mbesuma memberikan umpanan penyudah yang menarik dengan mengurangkan defisit 19 minit sebelum tamat perlawanan.

Tetapi jaringan penyamaan mengelakkan Chipolopo (Copper Bullets), yang memburu kemunculan pertama Piala Dunia mereka sementara Super Eagles sudah bersaing sebanyak lima kali.

Pasukan tersebut juga berada dalam Kumpulan B yang juga terdiri dari tiga pasukan kelayakan Piala Dunia 2014, Algeria, Cameroon dan Nigeria.

Iwobi dari Arsenal menyudahkan jaringan menerusi tandukan keluar yang lemah untuk menyudahkan jaringan menewaskan penjaga gol Kennedy Mweene dari jarak dekat pada minit ke-32.

Sentuhan menarik meletakkan Iheanacho dari Manchester City bebas 10 minit kemudian dan menewaskan Mweene sebelum dengan mudah menjairngkan gol ke gawang kosong.

Kesilapan dari pemain pertahanan Nigeria, Kenneth Omeru membolehkan Mbesuma untuk menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Carl Ikeme dari dalam kotak penalti. – AFP