Nigeria lancar siasatan semula penculikan 2014

Nigeria lancar siasatan semula penculikan 2014

ABUJA, 15 Jan (Reuters) – Presiden Nigeria Muhammadu Buhari telah mengarahkan penyiasatan semula ke atas penculikan 219 orang murid perempuan oleh kumpulan pejuang Islam Boko Haram dalam bulan April 2014 dari bandar Chibok, menurut jabatan presiden semalam.

Kenyataan itu mengatakan sebuah panel akan diumumkan kelak oleh Penasihat Keselamatan Kebangsaan.

Keputusan dibuat selepas ibu bapa para murid perempuan dan pergerakan Bring Back Our Girls (BBOG) berarak menuju vila presiden untuk menuntut pertemuan dengan Buhari awal semalam.

“Saya boleh meyakinkan bahawa saya tidur dan bangun setiap pagi dengan di fikiran saya adalah murid-murid perempuan Chibok,” Buhari dipetik sebagai berkata dalam kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa orang turut berarak itu.

“Keselamatan murid-murid Chibok adalah tanggung jawab saya. Ketua-ketua perkhidmatan dan ketua agensi-agensi keselamatan kami akan memberitahu anda bahawa di sebalik teruk kewangan yang di negara, saya terus berusaha yang terbaik untuk membantu usaha mereka dalam hubungan itu.”

Ibu kepada kanak-kanak perempuan Chibok memegang kain rentang ‘bawa balik anak perempuan kami’ semasa pertemuan mereka dengan Presiden Nigeria Muhammadu Buhari di vila presiden di Abuja. – Reuters
Ibu kepada kanak-kanak perempuan Chibok memegang kain rentang ‘bawa balik anak perempuan kami’ semasa pertemuan mereka dengan Presiden Nigeria Muhammadu Buhari di vila presiden di Abuja. – Reuters

Pada 14 April, militan-militan Boko Haram menyerbu sebuah sekolah ketika murid-murid perempuan sedang menduduki peperiksaan. Mereka memasukkan 270 murid itu ke dalam lori. Kira-kira 50 orang telah melarikan diri tidak lama selepas itu.

Timbul tentangan keras sejagat dan ancaman Boko Haram untuk menjual murid-murid perempuan itu. Bekas presiden Goodluck Jonathan teruk dikritik kerana reaksi lambatnya dan isteri Jonathan pada mulanya berkata dia meragui penculikan itu sebenarnya berlaku.

Selepas hampir sebulan, Jonathan telah menubuhkan jawatankuasa mencari fakta yang telah pergi ke Chibok untuk menilai sama ada penculikan berlaku dan berapa orang murid yang telah hilang.

Panel Buhari akan mempunyai bidang kuasa ‘untuk merungkai situasi terpencil dan segera yang membawa kepada penculikan murid-murid perempuan oleh pengganas Boko Haram dan juga peristiwa lain, tindakan dan ketidakgiatan selepas kejadian itu,” menurut kenyataan semalam.

ARTIKEL YANG SAMA