Nigeria ‘pelopor’ beku jumlah pengeluaran minyak

Nigeria ‘pelopor’ beku jumlah pengeluaran minyak

ABUJA, 9 Mac (AFP) – Anggota OPEC Nigeria menjadi ‘pelopor’ dalam usaha untuk mencapai perjanjian global untuk membeku jumlah pengeluaran minyak, kata Menteri Tenaga Emmanuel Ibe Kachikwu semalam.

Perbincangan mengenai pembekuan jumlah pengeluaran sedang diteruskan sebelum sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dijangka diadakan pada akhir bulan ini, beritahunya kepada wartawan di Abuja.

“Saya telah menjadi pelopor untuk menjana perubahan dan saya gembira kami sedang mencatat kemajuan,” kata Kachikwu sebagai respons kepada satu soalan mengenai apa yang difikirkannya tentang pembekuan pengeluaran oleh OPEC untuk merangsang harga minyak mentah.

“Jika kami mencapai satu persetujuan, saya fikir ia adalah dramatik dari segi kesannya ke atas harga minyak mentah,” kata Kachikwu.