Nigeria siasat video ‘bukti’ penculikan

Nigeria siasat video ‘bukti’ penculikan

LAGOS, 15 April (AFP) – Kerajaan Nigeria semalam berkata ia sedang mengkaji ‘bukti sebenar’ video yang menunjukkan 15 orang dari lebih 200 murid perempuan yang diculik oleh Boko Haram, ketika para ibu bapa dan penyokong-penyokong mereka memperingati tahun kedua penculikan mereka.

Tayangan video itu adalah kali pertama mana-mana murid-murid perempuan itu yang hilang itu dilihat sejak video Boko Haram sebelum ini pada Mei 2014, apabila kira-kira 100 orang dilihat dengan mengenakan pakaian Islam sambil membaca al-Quran.

Sejumlah 276 orang murid perempuan diculik dari Sekolah Menengah Perempuan Kerajaan di Chibok, timur laut Nigeria pada 14 April 2014. lima puluh tujuh berjaya melarikan diri sejurus selepas itu.

Tiga orang ibu dan seorang rakan sekelas 219 murid perempuan itu yang masih hilang mengesahkan identiti murid-murid perempuan itu dalam video yang kali pertama disiarkan di CNN pada malam Rabu lalu. gabenor negeri Borno Kashim Shettima, pada lawatan ke Chibok, tempat para ibu bapa murid-murid perempuan yang hilang itu berjaga dan berdoa di tapak sekolah, berkata “Video itu, adalah tentang murid-murid perempuan Chibok. Itu adalah berita baik.”

Satu sumber kanan kerajaan memberitahu AFP, ia telah menerima video itu, yang menunjukkan gadis-gadis mengenakan hijab hitam, sambil menyatakan nama-nama mereka dan mengatakan mereka telah diculik dari Chibok dan mengatakan mereka semua ‘dalam keadaan baik’. Video itu dikatakan dirakam pada 25 Disember tahun lalu.

Namun sumber itu berkata mereka ingin mengelak masalah yang dihadapi oleh pentadbiran lalu, yang pada awalnya mengumumkan rundingan dengan elemen-elemen Boko Haram dan malah merundingkan gencatan senjata.

ARTIKEL YANG SAMA