Nikkei dahului saham Asia

Nikkei dahului saham Asia

HONG KONG, 12 Julai – Saham Tokyo meningkat sekali lagi hari ini untuk memimpin satu lagi pemulihan pasaran yang dimarakkan oleh harapan pelaksanaan perangsang bank pusat baru dan ekoran laporan pekerjaan AS yang positif pada minggu lalu.

Pemerolehan melanjutkan pertambahan global yang melihat S&P 500 di Wall Street ditutup tinggi untuk kali pertama dalam 14 bulan.

Mereka mencadangkan kebimbangan pelabur mengenai undi keluar Britain yang mengejutkan daripada Kesatuan Eropah pada bulan lalu telah pun dikurangkan dengan janji bantuan bank pusat.

Indeks Nikkei naik 2.5 peratus, menambah kepada pertambahan empat peratus yang dicatat semalam tatkala yen merosot berban-ding dolar ekoran kemenangan besar untuk gabungan Perdana Menteri Shinzo Abe dalam pilihan raya pada hujung minggu.

Abe berkata semalam kerajaannya akan merangka langkah baru, lapor media Jepun, dalam kempen terbarunya untuk memulihkan ekonomi lembap.

Pakej itu mungkin bernilai kira-kira 10 trilion yen, menurut laporan, yang berkata sebe-lumnya berkata amaun tersebut mungkin dua kali ganda lebih banyak daripada angka berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA