Nikmat korban dirasai bersama

Nikmat korban dirasai bersama

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNAB), petang tadi, buat julung-julung kalinya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan pengagihan daging-daging korban kepada lebih 30 orang penerima ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

Turut menghadiri majlis yang berlangsung di Dewan Darul Ifrah, Pusat Bahagia Brunei Muara, Kampung Pulaie, itu ialah Presiden BDNAB, Awang Muhammad Jamary bin Dangga.

Datin Paduka Hajah Adina mengagihkan daging korban kepada penerima.
Datin Paduka Hajah Adina mengagihkan daging korban kepada penerima.

Majlis itu diadakan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan untuk turut sama menyambut Hari Raya Aidiladha di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.

Sebanyak doa ekor kerbau telah dikorbankan pada majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA