Nikmati ganjaran 10% dari SCB

Nikmati ganjaran 10% dari SCB

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Pelanggang MasterCard Hua Ho kini boleh menikmati Kempen Perayaan Hari Raya dengan Promosi Perayaan Bank Standard Chartered (SCB) Hua Ho yang akan berlangsung mulai 17 Jun hingga 17 Julai, di mana pelanggan yang mengumpul pembelian sebanyak $250 akan layak mendapat 10 peratus rebat tunai ke atas pembelian mereka.

Ketua Hal Ehwal Korporat, Jenama dan Pemasaran, Marilyn Graeme berkata: “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Hua Ho untuk memberi ganjaran kepada pelanggan pemegang Mastercard Hua Ho kami untuk perbankan dengan kami.

“Kami percaya promosi ini adalah tepat pada masanya dan pelanggan yang ingin mendapatkan lebih nilai untuk perbelanjaan perayaan mereka akan menghargai promosi ini. “

Promosi rebat tunai tersebut sah untuk pembelian di cawangan-cawangan Hua Ho Department Store and Supermarket di Tanjong Bunut, Yayasan, Manggis Mall dan Sengkurong.

Perbelanjaan terkumpul untuk tempoh promosi ini boleh digabungkan daripada pemegang kad basic dan supplementary, dan rebat akan dikreditkan pada bulan berikutnya selepas promosi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi Standard Chartered, orang ramai boleh melayari laman web bank tersebut di www.sc.com/bn atau hubungi pusat panggilan 24 jam bank tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA