Nikmati hidangan ‘December Wonderland’ di PHOP

Nikmati hidangan ‘December Wonderland’ di PHOP

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Paddington House of Pancake (PHOP) Brunei menawarkan promosi sepanjang bulan ini yang membawa tema ‘December Wonderland’.

Dalam promosi ini, di samping menikmati pelbagai hidangan yang hanya disajikan pada bulan ini dalam suasana warna-warni, PHOP turut menyediakan berbagai-bagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak, terutamanya pada 6 dan 20 Disember di mana mereka boleh mengikuti aktiviti bercerita, melukis muka dan mewarna.

Pelanggan berpeluang menikmati pelbagai pilihan unik PHOPBrunei setiap hari seperti hidangan burger ikan, hidangan ayam, Panizza (gabungan pankek dan piza), set minum petang dan banyak lagi.

Menu hidangan terbaru ‘Eat Me’ boleh didapati di kedua-dua cawangan, Berakas dan Gadong.
Menu hidangan terbaru ‘Eat Me’ boleh didapati di kedua-dua cawangan, Berakas dan Gadong.

Hidangan-hidangan ini hanya boleh didapati di pasaran Brunei sahaja.

Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 2430086 atau mengikuti akaun Instagram @paddingtonpancakebn.

ARTIKEL YANG SAMA