Nikmati hidangan terbaru di Burger King

Nikmati hidangan terbaru di Burger King

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Burger King Brunei telah melancarkan hidangan terhad terbarunya yang dikenali sebagai Black Pepper Long Chicken yang diyakini mampu menambat selera penggemar tempatan.

“Ia adalah satu produk unik kerana mempunyai cita rasanya tersendiri, justeru itu, ia pasti dapat memikat selera penggemar Burger King serta golongan yang menggemari hidangan American Style,” ujar jurucakap Burger King ketika sesi Food Testing di Burger King, Citis Square, Berakas.

Black Pepper Long Chicken kini boleh didapati di kesemua cawangan Burger King di Brunei sama ada secara ala carte atau set bersama minuman.

Sempena ini juga, Burger King turut memperkenalkan hidangan Milo Float dan Cheesy Fries pada harga istimewa.

Antara hidangan promosi yang ditawarkan di Burger King.
Antara hidangan promosi yang ditawarkan di Burger King.

Tempoh promosi adalah terhad iaitu mulai hari ini sehingga stok masih ada.

ARTIKEL YANG SAMA