Nikmati menu terbaru ‘Sushi Tei Express’

Nikmati menu terbaru ‘Sushi Tei Express’

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Restoran makanan Jepun, Sushi Tei, baru-baru ini, telah melancarkan menu terbaru digelar “Sushi Tei Express” yang hanya boleh didapati di cawangan Gadong.

Menu baru ini menampilkan pelbagai jenis hidangan yang pastinya mengecurkan air liur seperti Nasi Kari Keju Ayam yang terdiri daripada dada ayam yang diisi sayur bayam dan keju dengan sos kari.

Bebola Keju Udang yang dihasilkan daripada salmon dan ubi kentang lecek dan diisi dengan keju dan udang adalah sangat disyorkan.

Bagi penggemar nasi bakar, menu baru ini turut menyediakan beberapa pilihan nasi bakar termasuk Tori Namban, Tebasaki, Yakiniku, Ayam Karaage, Set Ayam Teriyaki dan Daging Hamburg.

Bebola keju udang, Kani Harumaki.
Bebola keju udang, Kani Harumaki.
Pasta Krim Ayam Keju Teriyaki.
Pasta Krim Ayam Keju Teriyaki.

Sushi Tei turut menyediakan hidangan pasta termasuk Pasta Krim Ayam Keju Teriyaki, Pasta Krim Makanan Laut/Ikan, Pasta Krim Tempura Udang dan banyak lagi.

Di samping itu, menu ini juga mempunyai makanan Jepun yang biasa seperti maki, sushi, mi, donmono dan bermacam-macam lagi.

Sushi Tei Gadong terletak di Unit 42 & 43, Tingkat Bawah, Blok C, Bangunan Gadong Central Menglait.

ARTIKEL YANG SAMA