Nikmati menu terbaru T4

Nikmati menu terbaru T4

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 12 Mei – Pelanggan Tea For U (T4) kini berpeluang untuk mengenali dan menikmati menu minuman terbaru mereka yang khusus diperkenalkan kepada para pengunjug Pesta Belait 2016 di sini.

Dua menu minuman terbaru yang dipromosikan ialah Panda Milk Tea dan Brown Sugar Milk Tea, dengan penyediaan bahan Pearl yang diperbuat daripada perisa pandan dan agar-agar yang segar.

Kedua-dua menu berkenaan disediakan di lokasi perniagaan mereka selama sebulan pesta diadakan bermula 6 Mei hingga 5 Jun depan.

Pengurus Pemasaran T4, Awang Bob Azrin Yakip, 27, semasa ditemui media kelmarin memberitahu, dua minuman tersebut dipromosikan khas untuk pengunjung Pesta Belait 2016, yang menurutnya pasti akan menjadi kegemaran semua golongan usia, tidak mengira kanak-kanak, belia dan orang dewasa.

Beliau berkata, pelanggan mempunyai pilihan bebas untuk campuran Pearl yang berperasa pandan dan daripada bahan agar-agar segar.

Menu minuman terkini T4, dipromosikan sempena jualan di Pesta Belait 2016 oleh Unitea Cafe T4.
Menu minuman terkini T4, dipromosikan sempena jualan di Pesta Belait 2016 oleh Unitea Cafe T4.

Menurutnya lagi, menyertai jualan di Pesta Belait 2016 merupakan salah satu usaha mereka untuk lebih mempromosikan perusahaan minuman mereka kepada orang ramai, selain bagi menyahut seruan kerajaan dalam sama-sama menceriakan suasana berniaga di negara ini.

Petak jualan T4, dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, selain operasi di premis mereka dari 10 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Sejak memulakan perusahaan mereka di Jalan Bunga Melor Seria, Unitea Cafe selaku francais bagi jenama produk minuman dari Taiwan berkenaan, telah memperkenalkan sebanyak 55 jenis menu minuman yang antara bahannya disediakan dengan penggunaan teh asli dari Taiwan.

ARTIKEL YANG SAMA