Nikmati promosi baru di Fish & Co

Nikmati promosi baru di Fish & Co

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Restoran Fish & Co kini menawarkan promosi terbarunya iaitu The Pasta Duo di mana para pelanggan boleh menikmati hidangan Fish & Co Cheezy Baked Macaroni with Prawns & Mussels dan Salmone Pasta pada harga yang menarik.

Para pelanggan yang berminat juga boleh menambah $2 untuk mendapatkan pilihan minuman sama ada Sprite, Coke ataupun Teh Ais.

Promosi ini bolehlah didapati sekarang sehingga 30 November di Restoran Fish & Co yang terletak di Citis Square semasa waktu beroperasi iaitu pada hari Isnin sehingga Khamis bermula pada jam 11 pagi sehingga 10:30 malam, Sabtu sehingga Ahad bermula pada jam 7 pagi hingga 10:30 malam dan Jumaat bermula pada jam 7 pagi sehingga 11 pagi dan 2 petang sehingga 10:30 malam.

Hidangan Fish & Co Cheezy Baked Macaroni with Prawns & Mussels.
Hidangan Fish & Co Cheezy Baked Macaroni with Prawns & Mussels.
Hidangan Salmone Pasta.
Hidangan Salmone Pasta.

ARTIKEL YANG SAMA