Nikmati promosi Seafood Wave

Nikmati promosi Seafood Wave

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Restoran Anjung Saujana di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam, kini sedang menawarkan promosi Seafood Wave pada setiap hujung minggu yang telah bermula 3 Disember lalu hingga 26 Disember ini.

Promosi menawarkan pelbagai pilihan hidangan ala carte bagi makan tengah hari bermula jam 11:30 pagi sehingga 2 petang kecuali hari Jumaat dan makan bufet pada sebelah malam dari jam 7 malam hingga 10 malam.

Hidangan ala carte untuk makan tengah hari menampilkan beberapa jenis makanan laut yang menjadi kegemaran ramai antaranya ikan pari pedas, Oyster Thermidor, Pan Seared Salmon, Chili Cream King Prawn dan sambal Mussel.

Salah seorang pelanggan menikmati pelbagai makanan yang disediakan.
Salah seorang pelanggan menikmati pelbagai makanan yang disediakan.
Barisan makanan mentah yang ditawarkan di Anjung Saujana.
Barisan makanan mentah yang ditawarkan di Anjung Saujana.

Sementara itu, bagi bufet makan malam pula, Anjung Saujana tampil dengan pelbagai makanan laut termasuk ikan, sotong, udang, kerang-kerangan dan juga beberapa makanan lain seperti ayam dan daging untuk pilihan pelanggan yang menjamu selera di sana.

Apa yang menarik perhatian adalah bahagian hot plate yang menyajikan Spanish Paella Rice, Cereal Prawn, Braised Beef Ribs dan Minty Lamb Chops bagi pelanggan yang kurang gemar akan makanan laut.

Selain menikmati pelbagai hidangan menyelerakan, dalam promosi ini, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Singapura, kamera Digital Canon G16 dan baucar makanan RBC bernilai $300.

ARTIKEL YANG SAMA