Nikmati promosi terhebat Intracorp

Nikmati promosi terhebat Intracorp

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Dis – Bersempena dengan jualan istimewa hujung tahun, Brunei Salebration yang bermula sejak 7 Disember lalu sehingga 8 Februari tahun depan, Intracorp (B) Sdn Bhd selaku syarikat pembekal barangan elektrik pengguna dan produk perabot di negara ini, telah menawarkan tawaran harga dan pakej menarik bagi para pelanggan mereka.

Pihak Media Permata, hari ini, berkesempatan membuat tinjauan ke bilik pameran syarikat tersebut di Gadong dan menyaksikan potongan harga sehingga 75 peratus untuk kebanyakan jenis barangan produk dan jenama.

Antara produk ditawarkan termasuk seterika, pengering rambut, periuk nasi, pengisar makanan, alat pemain DVD, mesin basuh, perabot-perabot, katil, UHDTV, keperluan sekolah kanak-kanak dan banyak lagi daripada pelbagai jenama termasuk Akira, Beko, Philips dan Samsung.

Wakil pengurus runcit syarikat berkenaan semasa ditemui menjelaskan, Intracorp merupakan sebuah syarikat yang berkonsepkan jualan barangan produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan kepada para pelanggan.

Setiap tahun, jelasnya lagi, pihak mereka telah mengikuti Brunei Salebration bagi menggalakkan para pelanggan membeli dan berbelanja di negara sendiri, di samping dapat meningkatkan ekonomi negara ini.

Antara jualan perabot di Intracorp.
Antara jualan perabot di Intracorp.
Curved UHD TV dengan tawaran harga yang menarik.
Curved UHD TV dengan tawaran harga yang menarik.

“Sambutan para pelanggan setiap tahun adalah begitu menggalakkan khususnya pada hujung minggu kerana pakej harga dengan barangan percuma yang kami tawarkan pada masa ini.”

Beliau menjelaskan lagi, mereka berusaha untuk menjadikan Intracorp sebagai pusat sehenti bagi barang-barang keperluan rumah dalam membantu memberikan para pelanggan kemudahan untuk membuat pembelian di tempat yang sama.

“Kami akan sentiasa meningkatkan lagi pelbagai jenis barangan produk sehingga hari ini kerana sesetengah para pelanggan ada memberikan maklum balas mengenai barangan produk yang mereka inginkan.”

Salah satu jualan yang menarik semasa promosi tersebut adalah jualan produk TV, di mana pelanggan yang membeli TV 48 inci ke atas bagi siri F & H akan mendapat ‘Cyberbike’ secara percuma.

Intracorp turut menampilkan produk terbaru Samsung Curved UHD TV yang memberikan pelanggan paparan skrin yang optimum dan selesa.

pg08_151222_a

Di samping itu, syarikat Intracorp turut menawarkan pakej-pakej menarik bagi barangan perabot seperti Set Ariel Bedroom Queen Size dengan tilam bersaiz queen percuma.

Beliau menjelaskan lagi bahawa Intracorp pada masa ini sedang giat menyediakan lebih banyak tenaga kerja bagi persiapan waktu bonus nanti di setiap cawangan di negara ini untuk memberikan dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Salah satu daripada produk elektrik yang sedang giat diperkenal oleh syarikat tersebut ialah jenama dari Turki iaitu Beko yang menampilkan produk barangan seperti peti sejuk, mesin basuh dan produk-produk lain.

“Kami juga turut menyediakan jumlah stok barangan yang mencukupi bagi menyokong kesemua cawangan-cawangan Intracorp di Brunei semasa hujung tahun nanti.”

Bagi para pelanggan yang berminat bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Intracorp semasa waktu beroperasi.

ARTIKEL YANG SAMA