Nikmati tawaran harga menarik di Bossini

Nikmati tawaran harga menarik di Bossini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Kedai pakaian Bossini, hari ini, telah melancarkan produk-produk premium mereka sempena Brunei Salebration yang berlangsung selama 64 hari bermula 7 Disember 2015 hingga 8 Februari 2016 ini.

Dalam kenyataan yang diberikan semasa tinjauan ke kedai Bossini di Pusat Membeli-belah Mabohai, produk-produk terhad terdiri daripada Beverage Cooler yang boleh ditebus untuk pembelian bernilai $90; selipar selesa untuk pembelian bernilai $150 dan Bossini Premium Watch pula boleh ditebus untuk pembelian $180 ke atas.

Selain pelancaran produk-produk premium itu, Bossini turut memperkenalkan beberapa produk baru kepada para pelanggan yang bersesuaian dengan Sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Antara produk premium yang ditawarkan di kedai tersebut.
Antara produk premium yang ditawarkan di kedai tersebut.

pg07_160111_c

Semua pelanggan boleh mendapatkan diskaun 10 hingga 50 peratus di kesemua kedainya, dan ahli-ahli ‘Bossini Happy Club’ layak mendapat diskaun tambahan 10 peratus ke atas harga belian mereka.

Di samping itu, Bossini juga mengadakan aktiviti menarik bagi kanak-kanak seperti ‘face-painting’ di Pusat Membeli-belah Mabohai bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang.

Pelanggan yang membuat pembelian $20 bagi mana-mana produk Bossini berpeluang mendapat lukisan serta belon percuma bagi anak-anak mereka.

ARTIKEL YANG SAMA