Nilai dolar meningkat

Nilai dolar meningkat

TOKYO, 15 Jun (AFP) – Dolar meningkat lebih tinggi hari ini tatkala bank pusat AS mengakhiri mesyuarat dasar dua hari, tetapi kebimbangan mengenai pengundian Britain mengenai masa depannya dalam Kesatuan Eropah menyelubungi pasaran.

Penganalisis berkata adalah tidak mungkin Simpanan Persekutuan akan mengumumkan satu tindakan mengenai kadar faedah pada lewat hari ini, memandangkan pelabur juga memperhatikan perhimpunan bank pusat Jepun dan Britain yang berakhir esok.

“Kesan sampingan Brexit menetapkan bahawa Simpanan Persekutuan harus diketepikan sehingga Julai, jika tidak lebih lama,” kata peniaga senior di Oanda Asia Pasifik, Stephen Innes dalam komentar yang merujuk kepada kemungkinan pengeluaran Britain dari EU.

“BoJ telah mengejutkan pasaran di bawah kepimpinan Gabernor Haruhiko sebelum ini, tetapi pada hakikatnya, dengan Brexit bakal tiba, BoJ akan bersedia melakukan sesuatu jika perlu.”

Dengan satu minggu tinggal sehingga referendum Britain, beberapa siri pengundian telah menempatkan pihak “meninggalkan EU” di depan, sekali gus menambah kemungkinan hubungan empat dekadnya dengan blok Eropah mungkin diputuskan.

ARTIKEL YANG SAMA