Nilai kemampuan diri

Nilai kemampuan diri

‘KALAU tidak pandai menari jangan dikatakan tanah tinggi rendah. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.’ Inilah pandangan saya mengenai pasukan kebangsaan hoki lelaki dan wanita yang menyertai Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (IHF) di Singapura baru-baru ini di mana kedua pasukan tewas dan dibelasah sampai 8 gol (bukan Golds).

Saya membawakan pepatah atau peribahasa ini sebagai merujuk komen Jurulatih Kebangsaan yang berkata pasukan tidak fit (cergas), pengadil tidak cekap dan banyak melakukan kesalahan.

Itulah alasan yang sering diberikan oleh jurulatih-jurulatih apabila pasukan tewas semua perlawanan. Pada pendapat saya kalau sudah pasukan itu kalah, elok diam saja dan kalau rasakan pasukan belum bersedia dan tidak cukup persediaan lebih baik jangan menyertai kejohanan serantau dan antarabangsa kerana ia adalah membazir dan membuang masa bagi sebuah pasukan kebangsaan.

Lebih baik Jabatan Belia dan Sukan serta Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menggunakan perbelanjaan itu untuk membiayai pasukan-pasukan lain yang pernah meraih pingat di kejohanan-kejohanan bertaraf antarabangsa dan serantau, mengikuti kejohanan di luar negeri.

Atau gunakanlah kewangan itu untuk projek persatuan-persatuan dalam mengembangkan dan memajukan sukan dalam negeri sahaja dahulu.Pemerhati sukan hoki BSB

ARTIKEL YANG SAMA