Nilai mata wang Kazakhstan merosot 23 peratus

Nilai mata wang Kazakhstan merosot 23 peratus

ASTANA, Kazakhstan, 20 Ogos – Kazakhstan mengumumkan hari ini ia sedang meninggalkan mata wangnya untuk kadar tukaran yang terapung secara bebas, dalam satu tindakan yang mencetuskan kemerosotan sebanyak 23 peratus dalam nilai tenge berbanding dolar Amerika Syarikat

“Bank Nasional dan kerajaan telah memutuskan untuk melaksana satu dasar mata wang baru dari 20 Ogos 2015 berdasarkan rejim inflasi, untuk membatalkan kumpulan perniagaan dan beralih kepada rejim yang terapung secara bebas,” kata Perdana Menteri, Karim Massimov pada sesi kerajaan hari ini.

Keputusan itu diambil di tengah ramalan harga suram untuk minyak mentah, eksport penting Kazakhstan.

Semalam, tenge merosot sebanyak lima peratus berbanding dolar, kemerosotan terbesar sejak bank nasional mengarah penurunan nilai wang mengejutkan sebanyak 20 peratus berbanding dolar pada tahun lalu.

Presiden bekas negara Soviet yang berusia 75 tahun, Nursultan Nazarbayev berkata semalam masa depan perancangan ekonomi di negara harus diselaraskan untuk mengandaikan harga minyak pada AS$30-AS$40 satu tong dan langkah berjimat cermat juga menjejas projek negara.

“Dalam tempoh beberapa tahun lau, kami telah banyak membina, menambah kakitangan dan gaji. Bagaimanapun, sekarang terdapatnya kekurangan wang dan dengan itu, terdapatnya had yang ketat ke atas projek baru,” beritahu Nazarbayev kepada pegawai kanan kerajaan.

“Atas sebab-sebab ini, adalah wajar untuk meletak moratorium ke atas pelbagai inisiatif sehingga tahun 2018.”

Minyak mentah Brent diniagakan kurang daripada AS$50 satu tong dan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) berkata pada minggu lalu harga akan mencecah jumlah purata kurang daripada AS$60 satu tong sepanjang tahun 2016.

Selain daripada harga merosot untuk minyak mentah, yang menyumbang kepada separuh daripada eksport Kazakhstan, ekonomi negara telah terjejas oleh permintaan merosot dalam dua pasaran eksport utama, Rusia dan China.

China pada minggu lalu menurun nilai mata wang yuan yang menjejas pengeksport sumber semula jadi di seluruh dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA