Nilai mata wang, pasaran saham Turki merosot

Nilai mata wang, pasaran saham Turki merosot

ANKARA, 24 Julai – Satu kerugian sebanyak enam peratus dalam nilai mata wangnya, kemerosotan di pasaran saham dan penurunan gred oleh agensi pengadaran utama.

Minggu lalu sahaja telah menunjukkan keadaan tidak akan menjadi senang untuk ekonomi Turki selepas rampasan kuasa yang bertujuan menyingkir Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Namun ahli ekonomi berkata prestasi ekonomi yang merosot termasuk satu kemelesetan tidak dapat dielakkan dan senario teruk sebahagian besar bergantung pada pilihan yang dibuat oleh Erdogan dan kerajaannya.

Sejak rampasan lebih seminggu lalu, mata wang lira kerugian enam peratus daripada nilainya berbanding dolar AS. Lebih 10 peratus dalam nilai telah dihapuskan daripada pasaran saham.

“Ketidakpastian Turki merupakan hakikat ia tidak mampu melihat mata wang mencecah tahap sewajarnya,” beritahu Michael Harris, ahli strategi dan ketua penyelidikan Turki di Renaissance Capital kepada AFP.

Beliau berkata di negara dari Britain ke Afrika Selatan kemerosotan dalam nilai mata wang bermakna rakyat akan kehilangan wang tetapi tidak mengubah dinamik makroekonomi yang besar seperti di Turki.

Sebaliknya, di sebuah negara yang telah mengalami inflasi tinggi, kadar tukaran yang lebih lemah menghadapi risiko memberikan tekanan yang meningkat ke atas harga pengguna.

Pihak berkuasa telah mencatat kejayaan dalam mengurangkan inflasi dalam beberapa bulan ini, mencecah 6.57 peratus pada Mei.

“Di Turki, jika mata wang merosot terlalu banyak, ia adalah amat teruk untuk korporat Turki. Dan ia membawa kepada senario meleset,” kata Harris. – AFP