Nilai Payet melonjak

Nilai Payet melonjak

LONDON, 12 Julai – Pengerusi Bersama kelab West Ham, David Gold menganggarkan kos mendapatkan bintang Perancis, Dimitri Payet yang menunjukkan prestasi mengagumkan di Euro 2016, sekurang-kurangnya bernilai kira-kira 50 juta pound.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang meledak sembilan gol dalam 30 penampilan bersama The Hammers musim lalu, disulami detik indah dalam kempen Euro selepas meledak beberapa gol menarik terutama ketika Perancis meraih kemenangan pertama kejohanan ke atas Romania.

Meskipun tewas kepada Portugal di pentas final, ‘sumbangan’ paling ketara dilakukannya ke atas Cristiano Ronaldo yang menyaksikan bintang Portugis itu mengalami kecederaan – secara tidak langsung melonjakkan tawaran terhadapnya.

“Kelab yang kuat akan mencari seorang pemain yang berkebolehan sepertinya,” kata Gold. “Kami tidak akan melayan sebarang tawaran di bawah 50 juta pound.

Nilai Payet melonjak selepas beraksi dengan cemerlang pada kejohanan Euro 2016 walaupun Perancis gagal muncul juara selepas tewas kepada Portugal. - AFP
Nilai Payet melonjak selepas beraksi dengan cemerlang pada kejohanan Euro 2016 walaupun Perancis gagal muncul juara selepas tewas kepada Portugal. – AFP

“Kelab perlu mengekalkan pemain terbaik mereka dan tidak akan melayan sebarang tawaran bagi mendapatkan Payet. “Dia memainkan peranan yang sangat penting dan pasukan ini dibina dengan kelibatnya. Dia bukan untuk dijual.”

Gold berkata Payet beraksi di London dengan baik sejak berpindah dari pasukan Ligue 1 Marseille tahun lepas dan serasi dengan pengurusan Slaven Bilic.

“Anda membuat dia gembira,” kata Gold ketika ditanya bagaimana untuk memastikan dia kekal bersama Hammers. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus. Dia menetap di London dengan keluarga dan peminat memuja beliau. Kami melakukan semua yang terdaya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA